Untuk menghubungi penulis e-mailkan ke This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Video

Bancian

Wajarkah Tun dipujuk untuk kembali pada UMNO
 
Benarkah UMNO sudah berubah
 

Pengguna Login






Lost Password?
No account yet? Register
Kena ambil tindakan terhadap 10 ADUN PDF Print E-mail
Written by Mohd Ali Mohd Hamdan   
Friday, 17 April 2009

PERDANA Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) perlu menimbangkan apakah tindakan yang sewajarnya dikenakan terhadap 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang ponteng persidangan baru-baru ini.

Mereka ini, jika diibaratkan ‘kanak-kanak Tadika’ perlulah satu ‘teguran’ sebagai ingatan kepada mereka supaya jangan mengulangi lagi perbuatan bodoh itu, kerana mereka kesemuanya keluar rumah tetapi duduk di hotel dan enggan ke persidangan DUN.


Apa yang mereka hendak sebenarnya? Apa jaminan yang mengatakan mereka akan selamat di bilik hotel berbanding DUN Terengganu? Kenapa tiba-tiba mereka sepakat seolah-olah mahu mengganggu gugat kestabilan kerajaan dan Umno di Terengganu?

Kalau mereka terfikir hendak jatuhkan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar, mereka sepatutnya tahu ‘kuasa mana’ yang menyebabkan Ahmad dilantik menjadi Menteri Besar dulu. Kalau mereka lupa, perlulah ada pihak yang mengingatkan mereka, terutama Setiausaha Kerajaan Negeri (SS) yang khabarnya masih tidak begitu mesra dengan Ahmad.

Persoalan sekarang, adakah mereka tidak terfikir bahawa semua yang mereka lakukan sekarang ini akan membolehkan PM dan TPM memikirkan untuk menghantar Datuk Seri Idris Jusoh yang dikatakan sedang membuat pelbagai perubahan di MARA ke luar Negara.

Sejarah politik Terengganu, bekas Menteri Besar memang pernah dihantar menjadi Duta. Kalau Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad pernah dilantik menjadi Duta, Idris juga boleh dipertimbangkan dihantar ke Mongolia (jika ada kedutaan dan hubungan diplomatik) atau ke Brunei kerana Brunei banyak minyak macam Terengganu juga.

Para penyokong Idris, yang bukan dari kalangan ketua-ketua bahagian perlu ingat, Idris telah melakukan banyak perkara yang menyakitkan hati orang Terengganu dan luar Terengganu. Jangan lupa kisah-kisah Patrick Badawi yang dikatakan cukup intim dengan Idris dan semua pembangunan besar di Terengganu didakwa diserahkan kepada seseorang sahaja.

Betul atau tidak cerita ini, bertanyalah dengan orang Terengganu yang duduk di Terengganu atau yang kini menetap di luar Terengganu.

Berbeza dengan era kepimpinan Ahmad, tidak langsung ada cerita yang tidak enak didengar  sama ada ketika berada di Terengganu atau cerita yang dibawa oleh orang Terengganu ke Kuala Lumpur.

Kalau ketika era Idris, sekuat mana cerita gelombang biru melanda Terengganu begitulah juga cerita seseorang dapat pelbagai projek besar di Terengganu hingga ada yang berkata, Idris ini sebenarnya ‘alat seseorang’ ketika menjadi Menteri Besar.

Dari segi imej, memang sukar untuk mempercayai Idris ini seorang yang desperado. Wajahnya dan gaya dia bercakap, macam orang beriman. Tapi, kalau sesiapa yang pernah berurusan dengan Idris, dia bukan jenis manusia yang mudah dirundingi. Dia ingat dia sahaja yang hebat. Dia fikir dia sahaja yang kuat. Dia perasan dia sahaja yang pandai.

Sebenarnya, Idris ni tidak ada lebih apa-apa jika hendak dibandingkan dengan Ahmad. Untuk bandingkan kehebatan bekerja, Ahmad jauh lebih kuat bekerja jika dibandingkan dengan Idris. Ahmad lebih jujur dan berani jika dibandingkan dengan Idris. Bukan Idris tidak berani, tetapi keberanian Idris hanya kepada memberikan projek pembangunan kepada seseorang.

Bukan Idris tidak jujur, tetapi kejujuran Idris hanya kepada seseorang yang membolot projek mewah di Terengganu.

Hari ini, Idris menafikan dia mengepalai ketidak hadiran 10 ADUN (termasuk dirinya) ke persidangan DUN Terengganu tetapi seribu kali penafian pun, orang kampong semua sudah tahu siapa punya permainan ini.

Muka-muka ADUN yang tidak hadir itu juga menunjukkan mereka tidak mempunyai kejujuran. Kenyataan mengatakan mereka menyokong kepimpinan Ahmad sebagai Menteri Besar, selepas mereka diarahkan menghadirkan diri pe persidangan DUN, menunjukkan mereka ini seperti berlakon filem…ikut skrip dan arahan pengarah.

Cukuplah! Jangan dirosakkan Umno yang mereka wakili ketika bertanding dalam pilihan raya. Amat besar jasa Umno dan BN kepada mereka jika mahu diukur jasa mereka kepada Umno dan BN. Apa yang mereka buat semuanya membuktikan mereka meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan Umno dan Negeri Terengganu yang sedang membangun.

Last Updated ( Friday, 17 April 2009 )
 
Next >