| Kamaruddin Jaffar orang Anwar, bukan orang Pas |
|
|
|
| Written by Abdul Wahab Idrus | |
| Friday, 17 April 2009 | |
MEMANG benar apa yang diperkatakan Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bahawa Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar disifatkan sebagai pemimpin yang tidak kedamaian dan kestabilan negara apabila menyatakan tunjuk perasaan berdarah seperti di Pattaya, Thailand mungkin berlaku di Perak.
Dr. Zambry berkata, kenyataan pemimpin itu sangat berbahaya dan menggerunkan kerana seolah-olah menggambarkan seolah-olah sudah ada gerakan untuk mencetuskan keadaan huru-hara di negeri ini. “Jangan terlalu ghairah berpolitik sampai tidak bertanggungjawab. Jangan bawa budaya politik jalanan, berguling atas jalan ke sini. Mereka pernah lakukan sebelum ini dan tidak mustahil ia akan berulang.“Mungkin selepas ini mereka akan buat penafian dan berkata sangat cintakan keamanan…sebab itu artikel yang tersiar dalam Harakah Daily sudah tidak ada lagi,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Ipoh baru-baru ini. Bagi orang Perak, mereka mungkin tidak tahu bahawa Kamaruddin ini sebenarnya bukan asalnya orang Pas. Dia adalah Ketua Umno Bahagian Tumpat yang tidak pernah menang bertanding dalam pilihan raya tetapi pernah dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Tun Abdul Ghafar Baba, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ketika krisis antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kamaruddin antara orang yang digugurkan dari jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Tumpat dan dia tidak memilih untuk menyertai KeADILan (sekarang PKR) kerana mungkin dia kurang keyakinan kepada parti itu yang turut disertai pelbagai bangsa. Ketika dia menadah restu Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menyertai Pas, Kamaruddin pernah menang sekali menjadi Ahli MT Pas dan akhirnya diberi kepercayaan menjadi Setiausaha Agung Pas hingga kini. Darah dagingnya Umno kerana dia menjadi kaya raya, seperti dakwaan yang pernah dibuat, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Kebiasaannya, orang yang rapat dengan Anwar, budaya politik mereka ialah tunjuk perasaan, duduk berdepan dengan FRU seperti yang pernah dilakukan Tian Chua dan sudah menjangkit ke dalam Pas, hingga sanggup berguling atas jalan raya seperti yang pernah berlaku di depan Istana Bukit Chandan. Ramai yang percaya, budaya ini berjaya dibuat oleh Anwar dan sesiapa sahaja yang pernah bersama-sama Anwar akan dapat menyerap budaya ini termasuklah keyakinan Kamaruddin ini seperti apa yang dikesalkan oleh Menteri Besar Perak. Menurut kenyataan Kamaruddin seperti yang disiarkan dalam lidah rasmi Pas, Harakah Daily pada 11 April lalu, tunjuk perasaan berdarah yang berlaku di Pattaya mungkin berlaku di Perak jika Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan. Kenyataan dalam internet yang berbau ugutan itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan mahu DUN dibubarkan bagi mengelak berlaku rusuhan. Mengulas lanjut, Dr. Zambry berkata kenyataan sebegitu tidak akan dikeluarkan jika Pas kalah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April 2009 yang lalu. Jelas beliau, apa yang jelas pembangkang cuba mewujudkan suasana baru di Perak dengan memainkan sentimen supaya rakyat terus membenci kerajaan. Katanya, walaupun pada masa ini kes berkaitan krisis perlembagaan Perak sudah dibawa ke mahkamah namun pembangkang tetap giat mempengarhui rakyat supaya memihak kepada mereka. Mudah-mudahan, apa yang ada dalam pemikiran Setiausaha Agung Pas dan pemikiran orang-orang Anwar Ibrahim dalam Pas, tidak berjaya merasuk pemikiran rakyat Negeri Perak. Ramai yang mungkin terpesona dengan kata-kata Kamaruddin Jaffar ini kerana dia mempamirkan perwatakan yang lembah-lembut tetapi jiwanya, ramai yang merasakan jiwa penunjuk perasaan di jalanan. Mereka hidup dengan mengadakan demontrasi jalanan kerana mereka sedar Umno dan Barisan Nasional sentiasa berubah ke arah kebaikan dan mengutamakan rakyat. Ketika Pas semakin khayal dengan doktrin PKR dan DAP, Kamaruddin berjaya membuktikan bahawa ‘Anwarisme’ sudah menyerap dalam Pas sejak dia menjadi Setiausaha Agung. Orang-orang Pas, tentunya seronok dengan ‘budaya baru’ ini kerana selama ini mereka agak terkongkong dengan lilitan serban di kepala tetapi kini sejak pemikiran Anwar Ibrahim berjaya menyerap, mereka menjadi semakin ganas dan siap sedia menjadi ‘alat kepada DAP’. Anwar dalam mengejar cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri demi memadamkan rekod hitamnya dalam jenayah yang diciptanya, pastinya memerlukan pengorbanan DAP dan Pas. Pas dan DAP pula yakin tanpa Anwar, mereka tidak akan mampu memasang angan-angan untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri, termasuk Menteri Besar dan Ketua Menteri. Tidak hairanlah, apabila sanjungan DAP kepada Anwar kerana membantu mereka mencapai cita-cita itu menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk ‘mempergunakan ayat-ayat al-Quran) untuk menghasut rakyat. DAP tentunya berbanga apabila bendera mereka kini menjadi ‘kain lilitan serban’ Pas. Orang PKR tentunya berbangga kini kerana mereka boleh mempergunakan Pas untuk membantu mereka membersihkan rekod hitam Anwar Ibrahim dalam kesalahan jenayah. Orang Pas tentunya berbahagia sekarang kerana mereka dapat mempengaruhi orang-orang Cina bahawa mereka sudah bersipa sedia menjadi alat dan kuda tunggangan DAP demi mencapai cita-cita mahu menjadi Menteri Besar Perak. Kamaruddin Jaffar mungkin sudah menjauhkan diri dari tauke-tauke Toto yang sebelum ini dikatakan menjadi kawan baik dia dalam perniagaan. Bos Magnum, Datuk Nallakaruppan juga sudah mula membelasah Anwar dan Azmin Ali kerana beliau lebih tahu mereka yang bercakap soal agama, Islam dan kejujuran ini sebenarnya ‘memakai topeng’ sama seperti penyokong Pas memakai topeng Nizar di Bukit Gantang. |
|
| Last Updated ( Friday, 17 April 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
Latest News
- Kena ambil tindakan terhadap 10 ADUN
- Kamaruddin Jaffar orang Anwar, bukan orang Pas
- Esok belum tahu apa yang pasti - Selamat bersara Tun Abdullah Ahmad Badawi perdana Menteri Malaysia
- Benarkah kita sudah berubah - Walk The Talk
- Kita menghormati Lembaga Disiplin dan kita juga perlu dihormati oleh Lembaga Disiplin



MEMANG benar apa yang diperkatakan Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bahawa Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar disifatkan sebagai pemimpin yang tidak kedamaian dan kestabilan negara apabila menyatakan tunjuk perasaan berdarah seperti di Pattaya, Thailand mungkin berlaku di Perak.